orang kata, bila kita ingat kat seseorang itu, maknanya, orang tu pun ingat kat kita.. betul ke???
recently, i teringat kat dia .... banyak benda yang mengingatkan kita kepada dia...
semalam, kita lunch kat R&K, yes.. yang kat sebelah LRT setiawangsa tu.. dulu, kita penah makan kat situ dengan dia.. kita suka tempat tu... very cozy.. tempat duduk kat situ, semuanya, ala2 wooden bench ... i like!
lepas lunch semalam, kita terus sms cable kita, mintak tolong carikkan contact number dia... tak sampai 5 minit, cable kita terus reply. Kita dapat 2 number ... ofis & handphone. Kita tak berani nak call. Kita kan penakut. So, mintak tolong Agent 007 call kan.
Agent 007 yang cekap pun call hp .. tapi, aiiikkk! orang lain yang jawab ???? ... Agent 007 pun bebuat la salah nombor. Then, try pulak call ofis dia. Call.. call.. call.. akhirnya, ada orang jawab. Agent 007 pun menyamar sebagai kawan lama yang baru pulang ke tanahair. Maklumat yang di perolehi : dia sakit, kena stroke about 1 month ago and sekarang nih, dok berehat di pangkuan keluarga.
Bila dengar keadaan dia begitu, kita jiwa kacau. Kita concern jugak pasal dia ... sebab once upon a time, dia penah jadik kawan baik kita ... banyak benda yang kita lalui together.. kita really appreciate dia... dia sangat lembut... kita miss those moments together.
Semalam memang kita wish sangat dia ada dengan kita.
But today, sedang kita bersiap nak gi kerja, Suria call kita. Suria tanya, "kenapa suara u?" .. belum sempat kita jawab, Suria tanya lagi, "U selsema ka?" ... Suria memang Suria buat masa nih ... pepagi dah menyinari hidup kita. Kita realize, kita tak perlu kot nak runsing2 pikir2 pasal dia... famili dia kan ada, pasti mereka jaga dia dengan baik.. and Tuhan kan ada .. so, kita doa je la untuk dia..
Buat masa ini, kita bersyukur ada Suria ... biar masa tentukan segala... :D
Aku dan Sahabat
14 hours ago
